Sunday, April 21, 2013

marble cheese brownies



Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh... :-)

Hari ni nk kongsi satu resepi yg sedap n marvellous... dah buat byk kali sbb ramai kengkawan yg suka ...(jiran2 pun sukeeeeeeeeeeee)

Dalam 6/7 kali buat tu ..ada la sekali bantat....sebabbbbbb anak Za main lompat2 kat depan oven..hmmmm ...ada kaitan ke??? ada..ada..kalo kita duk umah kampung made in kayu yg dah berusia..of course le ade kaitan...bergegar abis umah pusaka..he3..of course le bantat browniesnye....moral value??? pasni kalo teringin nk buat kek @ brownies..pastikan cinta hati anda itu tengah titun wokeh... :D


MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
# Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas
   berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan
    esen vanilla dan kacau rata.
5. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble  
    di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.