Assalamualaikum..selamat petang.....
Sempena meraikan hari cuti yang cuma sehari je seminggu sepanjang tahun ni, Za masak bagai nak rak hari ni..ecehh...macam la rajin..he he... encik boifren request nk makan kek oren hari ni tp nk cheese sekali...jadiknye..mcm biasa Za modified resepi ikut barang yg ada kat dapur...yg ponting..ghaso eyh....
Ni la resepi yg paaaaaaalliiiiiiiiing senang...betul betul senang dan sgt sesuai utk mereka yg sekapal dgn Za...rajin makan tapi x rajin nk masak...kalo masak pun pastikan yg senang senang jek..boleh gitu?? O:-)
ok jom tengok resepi
bhn:
1 bj oren (kupas kulit,buang biji)
1 1/2 biji kulit oren(parut)
1 cwn mentega cair@minyak masak
1 cwn gula kastor(gula biasa pun ok)-za tmbh 2sb gula perang
1 sb serbuk penaik
2 cwn tepung gandum( ayak bersama serbuk penaik)
3 bj telur
cheese:
250 gm cream cheese
1 bj telur
gula kastor(sesedap tekak)
1 sk jus oren/vanilla
cara:
1.Buah oren,kulit oren,telur,mentega,gula - blend hingga sebati dan halus
2.Masukkan dalam bekas bersih, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
3. Bahagi dua adunan( Za sukat dlm 3 senduk besar utk setiap bahagian)
4. Bakar 170C @ 10 minit
sementara menunggu.....
5. Pukul cream cheese hingga kembang, masukkan gula, pukul sebati
6. masukkan telur,pukul sebati
tingggg.....
7. keluarkan kek dr oven, masukkan adunan cream cheese dan bakar 10 minit lagi
8. Masukkan lebihan adunan tadi dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan kek atas redai.